Rabu, 2010 Januari 13

MENU IKAN DARAT

Tengahari tu cikyah seisi keluarga menjamu selera dengan hidangan daripada ikan darat. Antaranya pecal ikan, bantut ikan haruan, belut goreng berlada dan apalagi hah ... ooo ya pekasam ikan sepat dan ulam-ulaman. Fuhh...Masa ni lah cikyah melantak sakan, bukannya senang nak dapat. Hanya mak cikyah yang mampu membuatnya :). Kalau ikan darat yang dibeli di pasar atau yang telah siap dimasak, cikyah xlalu nak makan, teringat macam2.

Angah sedang belajar memegang ikan haruan, dia lebih berani daripada abangnya. Ikan haruan ni ditangkap oleh abang keempat cikyah, di dalam parit depan rumah cikyah. Ikan ni dimasak dgn cara memanggang dan ia dinamakan Bantut Ikan Haruan (ikan ini berintikan kelapa).

Bantut ikan haruan hampir masak.

Belut ni disiang oleh adik cikyah. Hanya sekor je belut, xcukup ni.

Banyak betul darah belut ni.

Sudah siap dibersihkan, dibubuh garam kunyit dan sedia untuk digoreng.

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili tumbuk dalam satu sudu, garam, gula, asam dan masak hingga garing. Selepas itu baru masukkan belut goreng td dan digoreng hingga sebati. Belut goreng berlada dah siap.








.
TIMBA TELAGA

Lepas settle kenduri ahli keluarga cikyah merancang nak timba telaga kat belakang rumah. Sebab sebelum cikyah balik ke rumah mentua, kakak n abang2 cikyah balik ke KL, kami nak timba telaga dulu. Hari tu kiranya dapat la makan tengahari berlaukan ikan darat. Tiap2 tahun selepas selesai je tuai padi aktiviti ini sering dilakukan. Tapi keadaan ni dah x sama macam dulu, ikan dah kurang cuma yang tinggal anak2 ikan. Dan kira ok gak tu daripada xdak.
Pagi tu pagi yang cerah, sesuai sangat untuk timba telaga. Gambar ni diambik pukul 7 pagi. Keadaannya tenang, nyaman dan segar.

Padi ni sudah boleh dituai. Bendang ni diusahakan oleh adik cikyah, Zulkifli. Alhamdulillah, pada musim kali ni, dengan berkat usaha dia, adik dapat hasil yang membanggakan.


Suami cikyah sedang meninjau keadaan telaga, ada ikan ke xdak. Sebenarnya, dia bukannya reti pon, saja eksyen. Ini merupakan pengalaman pertama bagi anak2 cikyah, depa excited sangat.

Anak kedua cikyah, Amirul sedang berposing di tengah bendang. Sukanyee dia.

Along dan Angah bersama sepupu2nya sedang menuju ke telaga untuk melihat keadaan telaga.

Tenang je airnya... sah xdak ikan. Pada masa dulu air telaga ditimba dgn menggunakan timba yang diperbuat daripada tin minyak 10 kg. Diikat tali pada kedua-dua belah dan ditimba oleh 2 orang lelaki yang perkasa:p. Penatnya nak tunggu sampai air kering. Tapi sekarang ditimba dengan menggunakan mesin pam air je... jimat tenaga dan masa.

Air hampir kering. Lelaki ensem ni, abang cikyah yang ketiga, Ismail dia menetap di Kajang.


Ok, dah boleh turun untuk tangkap ikan... anak2 ikan sebenarnya.

Ini pak saudara cikyah, Pak Uda Ibrahim dia yang nak sangat timba telaga nih. Pak Uda sedang menjamah keropok ikan bersama teh sambil menikmati alam sekitar. Bestnya kalau kelah kat sini...dengan angin bendang yang nyaman.

Inilah hasil yang xseberapa, boleh le sekali goreng.

Selasa, 2010 Januari 12

MAJLIS KENDURI KAHWIN ADIK BONGSU

Majlis akad nikah dah selamat berlangsung, kini tiba hari kendurinya pulak. Segala persiapan untuk majlis tersebut hanya ala kadar sahaja, setakat yang mampu oleh keluarga cikyah. Yang penting majlis kenduri berlangsung dengan jayanya. Meriah dengan kehadiran sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan xkira jauh dan dekat. Di sini cikyah sebak sekali sebab sudah 12 tahun xjumpa sanak saudara sebelah arwah ayah mahupun sebelah mak, mana xnya cikyah jauh merantau ke negeri orang. Hanya beberapa jam sahaja sempat mengenali mereka, lepas ni ntah le. Besok2 lalu depan mata pon dah xkenal.

Aktiviti harian anak2 cikyah bermain dengan kereta sorong yg dibuat oleh abang cikyah. Kereta ni sebenarnya digunakan untuk mengangkut barang seperti baja, mesin penyembur racun, mesin penabur benih dan sebagainya. Bila balik ke rumah Tok depa, kereta ni lah depa capai dulu.


Pemandangan di waktu petang yang sungguh indah.

Waktu pagi yang nyaman dan segar. Padi dah menguning masak, dalam 3 atau 4 hari boleh tuai.

Pengantin lelaki dah siap sedia untuk ke rumah pengantin perempuan. Cikyah xg ke majlis kenduri sebelah pengantin perempuan. Cikyah bagi peluang kakak dan abang2 yg xblik itu hari pulak g. So, xde le gambar di majlis kenduri tersebut.


Pada masa yang sama jugak cikyah dan beberapa orang yang tinggal kat rumah tu sibuk menyiapkan ole2 untuk tetamu kenduri besoknya.

Kelihatan adik cikyah sedang mengali tanah untuk menanam sisa2 penyembelihan lembu. Gambar penyembelihan lembu cikyah x ambik sebab cikyah xboleh tengok org sembelih lembu, takut pon ada kesian lagi le.


Pada waktu malam pulak, menyiapkan bunga telur. Betapa penyebuknya anak cikyah yg sorang tu...isssh issshh.


Hari kenduri dah tiba. Abang kedua cikyah disuruh abang sulung untuk menyambut tetamu, dibantu oleh sepupu, Yahya Desa. Abang cikyah ni pemalu sikit tapi cool.


Mak pulak dibantu oleh MakAji. Mak Aji ni guru ngaji cikyah dulu. Cik Ila pon berguru dgn dia jugak.


Ketibaan pasangan pengantin dan rombongan sebelah pihak pengantin perempuan. Kaler baju pengantin sama dengan kaler pokok padi...sesuai sangat ;p.


Kasihan... jauh berjalan nak masuk ke perkarangan rumah...mcm ala2 garden pulak. Eh mana p pengapit pengantin?


Pengantin di meja makan. Awat la depa x ambik pinggan lagi. Mana org yg uruskan meja pengantin nihh. Alahai.


Selepas santapan, pengantin berehat dalam rumah. Di sini tiada pelamin ye! Diketika ini pengantin bersua kenal dengan sanak saudara terdekat.


Ini pulak kerja2 dibelakang tabir majlis kenduri. Tanpa mereka, susah lah tuan rumah. Mereka ni jiran tetangga juga merupakan saudara mara keluarga cikyah. Tukang masak dan pembantu2nya, xsempat cikyah nak ambik gambar.


Yang ini barisan penolong ceduk lauk gulai, terdiri daripada Tok Teh(mak Cik Ila), MakJang dan anak serta, Makcik Cah.


Yang ni pulak org kuat pembuat ayaq, adik cikyah, Zulkifli @ Abas Saad.


Antara tetamu yang hadir. Terima kasih banyak2 memeriahkan majlis kenduri yang serba ringkas ni.

Pukul 4 petang majlis kenduri ni pon tamat. Macam biasa, ahli keluarga mengemas kerusi meja, cuci pinggan yang selebihnya.


Kelihatan pengantin lelaki sedang menonyoh buntut periuk dengan tekun sekali.
Dan macam biasa tuan rumah menyapu membersihkan laman rumah yang dipenuhi tisu2 buangan peninggalan tetamu.

Baki gulai dan lauk pauk lain yang tinggal. Pada malamnya tiada acara lain dah selain dari acara baring-baringan, semua orang kepenatan... tiada gambar ye! Selang sehari lepas majlis kenduri ada satu lagi aktiviti kekeluargaan... tungguu!!!
SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum wbt buat semua blogger...syukur Alhamdulillah tika dan saat ini cikyah masih dipanjangkan umur, sihat mental dan fizikal serta rezeki yg tiada kurangnya, dan jugak masih dpt menaip utk n3 blog ni. Kiranya masih belum terlambat cikyah ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua blogger. Sebenarnya dah 2 minggu cikyah blik dr kampung, mmg dr awal nak update tetapi kabel telefon rosak pulak. Orang telekom dah dipanggil tapi lambat mcm siput nak datang repair. Bila telefon biras cikyah yg keja kat ibu pejabat telekom, KL barulah datang mcm kilat. Kira ok gak rosak masa tu, xde le asyik ngadap depan laptop nih sebab sibuk dgn persekolahan anak2 cikyah, sorang baru masuk darjah satu dan sorang lagi ke tadika.

Seperti janji cikyah pada n3 yg lalu, di sini cikyah citer la serba sedikit tentang peristiwa2(peristiwa?) cikyah balik kampung 3 minggu lamanya. Pertamanya, majlis akad nikah adik bongsu cikyah, Shafie namanya dan isterinya, Roshaida pada 6 Disember. Masa majlis akad nikah ni cuma cikyah n famili je yg balik, kakak (di Klang) dan abang2 (Kota Damansara n Balakong) xdpt blik sbb rancang nak blik masa kenduri(13Dec) nanti. Jadi rombongan utk ke majlis akad nikah cuma keluarga cikyah, jiran terdekat saudara terdekat sahaja. Majlisnya biasa2 saja.




Majlis akad nikah diadakan di masjid lepas waktu lehoq. Sekali lafaz sahaja...cool.


Pemberian mas kahwin. Senyuman gembira dah sah jadi suami isteri.



Kat rumah pengantin perempuan macam biasa sarung cincin perkahwinan...



dan ciuman.


Hantaran dari pihak pengantin lelaki...


Hantaran dari pihak pengantin perempuan.

Isnin, 2009 November 30

BALIK KAMPUNG

Hari Jumaat ni cikyah n famili balik kampung, suami cikyah dah apply cuti ee yeyyyyee bestnyeeee. 6hb ni adik bongsu cikyah akan bernikah dan kendurinya berlangsung pada 13hb. Dan lepas tu pulak akan memenuhi undangan jemputan kenduri ayahchu di Klebang, Ipoh. Suami cikyah mohon cuti 2 minggu je, rasa macam x cukup la pulak tak macam tahun lepas suami cikyah hantar cikyah ngan anak2 balik kampung selama sebulan, tu pun budak2 masih merungut tak puas lg. Rasa-rasanya nanti ada yang tak nak balik Ganu.





Cik Ila n Cik Yat, jgn marahhh ... :p




Bumbung warna biru tu rumah famili cikyah, gambar ni amik time raya posa td, time ni padi dah masak... nanti cikyah amik gambar pemandangan bendang area kampung cikyah.
KURSUS PENGURUSAN KAWAD DAN ISTIADAT
Siri 20/2009 ITU, IPOH




SALAM...

Pagi tadi jahit pangkat kat baju no. 3, nervous gak takut x kemas jahitan nanti kena le bukak jahitan lg, leceh la. Hubby cikyah dah abis kursus dan ini lah hasilnya, semua baju nak kena jahit pangkat, banyak pulak tu sebabnya cikyah bukan pandai sangat pon. Tapi kena siapkan jugak hari ni, sebab hari Jumaat ni cikyah nak balik kampung.


Ok dah siap, fuhhh...ok ke tak ni?




Hujan lagi...







Bismillahirrahmanirahim...

Rabu, 2009 November 04

DRAMA KOREA YOU'RE BEAUTIFUL



Tonton drama ni di ...
http://www.youtube.com/watch?v=OcDMZ3eGTW4 ATAU http://www.viikii.net/channels/goto/beautiful#

Selasa, 2009 Oktober 27

BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN DAN PEMAKANAN SEIMBANG SIRI 3 2009

Anakku Permata Hatiku

Assalamualaikum... bersua kembali Cikyah dlm meng'update blognya. Lama gak x update blog maklumla sibuk ngan urusan rumahtangga yg xder penamatnya dan bila free je dok layan gile citer drama Korea(online). Masa ni le nak ngadap tgk drama korea sbb abahnya xdek g kursus kat ITU, Ipoh....hmmmm lagi 3 minggu abis la. Nak citer pasal raya xleh la plak sbb laptop abahnye bawak (nak masukkan memori tepon ke laptop). Hanya pc yg ada tp Cikyah x reti nak programkan hanset masuk ke pc. Cuma ini sajala citer yg kira ok utk membolehkan mengupdate blog ni. Ceritanya.....

Petang semalam (26 Oktober 2009) Cikyah telah menghadirkan diri untuk mengikuti Bengkel Kemahiran Keibubapaan yg dianjurkan oleh Unit Pra Sekolah KEMAS Parlimen Besut yang diadakan di Tabika KEMAS TUDM dan telah menjemput Ustaz Che Ahmad Che Kob dari RTM Kelantan sebagai penceramahnya. Cikyah dengan sukacitanya pon pegi dengan membawa sekali anak2 sbb xdek sape nak jaga depa. Kat bengkel itu yang ramai menghadirkan diri adalah para ibu-ibu dan para bapa-bapa hanya 7,8 orang je.... sbb time keje.

Pada siri 1 dan 2, Cikyah pegi gak tp xdek update kat sini sbb Cikyah masa tu tgh malaihh. Serupa gak ngan aktiviti BAKAT, byk gamba2 dan rakaman video dlm tepon tu tersimpan begitu saja. Pada siri ni, Cikyah ada rakam video ustaz ni tp xbley plak nak tunjukkan kat sini. So.. kena la citer serba sedikit kat sini utk ingatan diri sendiri dan sapa2 yg terbaca kat blog ni (kongsi ilmu). Sebenarnye, apa yg Cikyah tulis kat sini apa yg difahami sahaja sbb ustaz memberi ceramah dlm loghat klate jd kalau ada tersilap fakta atau maksud tu sori la ye.

Ustaz ni anak jati Kelantan, asal dari Nilam Puri, duda anak seploh, semua anak-anaknya berjaya dlm kerjaya masing2. Apa yg hendak diceritakan di sini bahawa Ustaz Ahmad ingin memberitahu dan juga berkongsi ilmu kpd ibubapa yg hadir bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau hingga berjaya dlm hidup mahupun akhirat kelak... InsyaAllah. "Dlm mendidik anak2 ni, didiklah anak sejak dlm perut ibu lagi. Selain si ibu menjaga adab ketika mengandung, membaca doa2 dan surah2 tertentu dlm Al Quran, si bapanya pula juga perlu menjaga tingkah laku (tidak melakukan perkara2 xelok seperti berjudi, melepak di kedai kopi, mementingkan hobi dsbgnya sbb ia boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku anak bila besar kelak), bertanggungjawab, kerap melakukan solat sunat, berpuasa sunat dan mendoakan sejahteraan isteri dan anak agar kedua2nya selamat." beritahu ustaz Ahmad. Sambung beliau lagi, "Apabila anak itu selamat dilahirkan, maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri dan kemudian sunat dibacakan pada telinga kanan bayi doa Inni u'ghizu haa bika wazurriyatahaa minassyaithanirrajimm...ayat 36 surah Al Imran(juga dibaca ketika di awal kehamilan) bermaksud bahawasanya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan. Doa ini sebagai benteng utk mempertahankan anak drpd berlakunya perkara2 seperti hestiria. Doa ini juga boleh dibaca ketika anak dah besar. Sunat juga membaca suratul Qadr 3kali di telinga kanan bayi supaya anak dijauhi perkara2 seperti penzina, bunuh diri, gejala sosial dan sebagainya".

Diringkaskan di sini, perkara-perkara lain yg perlu dilakukan kepada anak sejak lahir hingga baligh spt sunat dilakukan Thanik(suapkan makanan dgn jari jemari kpd anak2 atau suami/isteri utk mengeratkan kasih sayang), susui bayi dgn susu ibu(utk ketahanan tubuh bayi dr penyakit dan bukannya dgn susu haiwan) wajib memberi nama yg baik(perlu memanggil anak dgn nama penuh anak), cukur rambut(boleh menolong menguatkan tenaga pertumbuhan anak, menghilangkan selaput kulit kepala iaitu sejenis cecair beku yg meliputi kulit dan memberikan kekuatan dan ketajaman penglihatan mata, bauan hidung dan pendengaran telinga), penyembelihan aqiqah, mendoakan anak, mengkhitan anak, mendidik moral anak(perlu pandai motivasikan anak sbb setiap anak dipengaruhi unsur tanah, air, api dan angin) dan nasihati anak spt nasihat Luqman kpd anaknya.

Untuk para ibu-ibu, petang itu juga disediakan demo masakan makanan seimbang utk anak2. Resepinya ialah Gulungan Ayam Berkeju dan Jus Laici Bersari;

JUS LAICI BERSARI
1 liter air
1 tin laici
50 gm gula batu
2 helai daun pandan
2 sudu makan madu

cara membuatnya

1. Rebus gula batu dan air, masukkan daun pandan dan biarkan mendidih
2. Apabila masak, angkat dan dimasukkan buah laici dan madu, kacau hingga sebati serta siap utk dihidangkan samada panas ataupun sejuk.

GULUNGAN AYAM ERKEJU

6 kpg roti
6 kpg keju
1 cawan cornflakes(kisar)
2 biji telur
100 gm isi ayam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
kubis ungu, lobak merah dan lada merah
minyak
garam, gula dan lada sulah secukup rasa
bancuhan tepung gandum utk dijadikan gam

Inti
Tumis bawang merah dan putih, masukkan isi ayam, sayur-sayuran dan bhn perasa secukupnya. Apabila masak, biarkan sejuk.

1. Roti dikukus dahulu dan dileperkan
2. susun keju atas roti yg dileperkan td dan kemudian letakkan inti
3. Gulungkan sehingga kemas dan sapukan gam gandum td di tepi roti utk melekatnya.
4. Celupkan gulungan roti td dlm bancuhan telur, kemudian golekkan di atas cornflakes dan terus goreng hingga keperangan.
5. Apabila masak dipotong dua dan siap utk dihidangkan bersama jus laici bersari.

Komen Cikyah tentang resepi ni mmg sesuai la utk anak2 dan juga seisi keluarga. Rasa dia ... boleh la. Jus laici tu sedap.

Isnin, 2009 September 14

RAYA! RAYA! RAYA!


KAD RAYA



KUIH RAYA


DUIT RAYA


SAMPUL DUIT RAYA

PANTUN RAYA

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sabtu, 2009 September 12

PERSIAPAN UNTUK AIDILFITRI

Dah lama Cikyah xapdet blog ni, sibuk sangat2 pastu pc satu lak, yg nak pakainya ramai.. nak main game la, tgk katun, tgk movie mcm2 lg lah. Masa ni la baru xsibuk pukul 1 pagi.
Persiapan hari raya untuk tahun ni mcm tahun2 lepas jugak. Hanya membeli pakaian baru untuk anak2. Cuma tahun ni Cikyah jahit sendiri baju melayu anak2. Cikyah pon xtau macam mana boleh menjahit baju bdk2 ni, menjadi plak tu. Bila ada keyakinan dan kebolehan menjahit baju bdk2 tu Cikyah pon jahit baju sendiri, wahhhh bajet tol la tahun ni. Mungkin lepas ni kena belajar jahit baju melayu untuk abahnya pulak, sebab raya tahun ni abahnya xbeli baju melayu...pakai baju raya yang lepas je.
Rasa seronok pulak jahit baju2 ni. Bangga dapat buat untuk anak2 dan diri sendiri. Lagipon tok guru ramai kat sini, xtau je ketuk pintu umah jiran. Bila tau step dan ketepatan ukuran, xdak la baju jadi herot sana sini. Yang penting perlu ada dalam diri sikap kesungguhan, ketekunan, kerajinan dan kesabaran.
Soal kuih muih tu xpenah ada dalam senarai persiapan hari raya. Bukannya apa, nanti kuih muih dari kg akan diangkut balik ke Tgganu, pemberian mak dan mak mertua. Penuh la bonet kereta. Lagipon kuih tunjuk berlambak di mana-mana kedai, lepas raya pon banyak lagi.
Yang paling penting kereta mesti diservis baik punya, sebab perjalanan dari Jertih hingga ke Grik mengambil masa 4,5 jam, dah tu pulak jalannya kureng elok. Kalau kereta buat hal di tengah2 jalan... adusss menangis dibuatnya. Apa xnya hutan sepanjang jalan. Hendak melepasi Banjaran Titiwangsa tu pon dah rasa seksa sangat... takuttt. Dah la manusia2 dalam kereta tu macam sardin dalam tin jer.. ngam2. Budak2 pulak bukannya dok diam. Nasib la drivernye penyabar dan terror memandu.
Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik, jauhkanlah dari segala kecelakaan. Amin.


* Di sini Cikyah nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang akan menjelma beberapa hari lagi. Di bulan yang mulia ini Cikyah memohon ampun dan maaf jika tersalah bicara, tersasul kata dan kesalahan tatabahasa :(.

AL FATIHAH

2 juruterbang TUDM terbunuh dalam nahas Pilatus

KUALA LUMPUR: Dua juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MK-II yang mereka naiki terhempas lalu terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari, pesawat terbabit dari Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas, sedang dalam perjalanan ke Pulau Langkawi untuk latihan.

Dua juruterbang yang terbunuh ialah Mejar Zulkifli Hassan, 38, dari Taman Rakyat, Kamunting, Perak, dan Mejar Mohd Roszaini Mustapha, 37, dari Kampung Bunut, Kuala Krai, Kelantan.

Kedua-dua mereka adalah juruterbang berpengalaman dan bertugas sebagai jurulatih penerbangan di KTU.

Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, nahas berlaku ketika juruterbang terbabit melakukan prosedur "pendaratan litar".

Katanya, latihan prosedur itu bagi mengemaskinikan status penerbangan mereka.

“Nahas berlaku ketika pesawat terbang dalam posisi 45 darjah pada paras ketinggian 1,000 kaki. Enjin pesawat tiba-tiba gagal berfungsi menyebabkan pesawat berpusing lalu menjunam.

"Kedua-dua juruterbang cuba mengawal keadaan tetapi tidak cukup ruang lalu terhempas dan terbakar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau menolak faktor cuaca dan kecuaian sebagai punca utama kejadian itu, sebaliknya ia lebih kepada masalah teknikal.

Bagaimanapun, punca sebenar hanya akan diketahui sebaik Lembaga Siasatan TUDM selesai menjalankan siasatan.

*Artikel diambil dari Berita Harian

Takziah untuk keluarga mangsa. Cikyah tahu berita sedih ni dari suami Cikyah selepas balik dari terawih. Pilu hati dan perasaan Cikyah mengenangkan kemalangan ni. Lagi pilu mengenangkan keluarga mangsa terutama anak2 dan isteri mangsa, mana xnya dekat nak raya ni. Semoga keluarga mangsa redha dengan pemergian arwah ke rahmatullah dan tabah menghadapi dugaan ini. AL FATIHAH